Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gunung Agung mula reda, penduduk dibenar pulang

Feb 10, 2018 | 02:57 PM



JAKARTA: Ribuan penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah  mereka di pulau Bali disebabkan amaran gunung berapi meletus sebelum ini, dibenarkan pulang ke rumah  masing-masing, kata pihak berkuasa pada Sabtu (10 Feb)  selepas tahap amaran gunung berapi Agung diturunkan.



Gunung berapi itu,  yang terletak 75 kilometer dari pusat pelancongan di Kuta,  memuntahkan debu dan asap tebal secara berkala selama berbulan, sekali gus memaksa lebih 10,000 penduduk tinggal berhampirannya    dipindahkan manakala lapangan terbang antarabangsa ditutup.



Pusat Vulkanologi Indonesia pada Sabtu   menurunkan tahap amaran gunung Agung daripada peringkat empat kepada  tiga, yang mengesahkan tiada ancaman ia akan meletus.



“Gempa vulkanik ketara merosot. Perubahan bentuk bukan sekadar berkurangan bahkan   semakin stabil, malah kepekatan gas yang dimuntahkan gunung itu juga dilihat reda,” kata pakar gunung berapi kanan Gede Suantikan, kepada AFP.



Di bawah  tahap amaran baru ini, zon dilarang masuk  dikurangkan kepada empat kilometer dari  gunung itu manakala  kawasan sekitarnya  yang sebelumnya dikosongkan mula membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing, kata pihak berkuasa.



“Rutin awam seperti pelancongan di Bali diisytiharkan selamat dan tiada lagi gangguan daripada aktiviti Gunung Agung,”  kata Menteri Tenaga Indonesia, Encik Ignasius Jonan, dalam satu kenyataan.



Gunung Agung bergegar pada September tahun lalu namun kegiatannya  dilihat perlahan pada hujung Oktober sebelum ancaman meletus memuncak kembali pada November.



Ia   menjejaskan industri pelancongan di Bali hingga     memberikan kesan buruk terhadap ekonomi tempatan. –  AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >