KUALA KRAI (Kelantan): Banjir di pantai timur mengakibatkan jalan disaluti lumpur, timbunan sampah sarap semakin menggunung dan, lebih buruk lagi, bau busuk, membawa kepada keadaan tidak terkawal.
Terdapat banyak masalah kesihatan selepas banjir, dan lebih merungsingkan ialah cara menangani timbunan sampah yang lebih banyak daripada yang boleh dilupuskan.