Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Guru agama mengaku bunuh janda

May 07, 2015 | 03:34 PM



KUALA KUBU BHARU: Seorang guru sekolah rendah agama yang tidak tahan didesak janda anak empat berkahwin, membunuh dengan menikam bertubi-tubi dada, badan dan lengan teman wanitanya itu, di depan sebuah sekolah agama di sini, semalam.


Suspek berusia 26 tahun itu mengakui membunuh Nur Salina Nazir, 34 tahun, hasil soal siasat polis selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Bukit Bujang di sini.


Nur Salina, yang juga peniaga dalam talian ditemui berlumuran darah dalam keadaan terlentang di tempat duduk pemandu sebuah kereta Proton Wira oleh orang ramai, lapor Berita Harian Malaysia hari ini.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Pesuruhjaya R Supramaniam, berkata orang ramai curiga selepas menemui kenderaan berkenaan dalam keadaan pintu sebelah pemandu terbuka, sebelum memaklumkannya kepada polis.


"Anggota forensik yang melakukan pemeriksaan di lokasi menemui wanita berkenaan lengkap berpakaian dengan kepalanya terlentang di tempat duduk pemandu. Pemeriksaan lanjut tidak menemui barang milik mangsa mahu pun senjata digunakan oleh suspek ketika kejadian.


"Hasil siasatan awal ke atas mangsa menemui empat kesan tikaman di bahagian dada, satu di rusuk kiri, kanan serta lengan kiri, dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam," katanya lagi.


"Soal siasat mendapati suspek yang berusia 26 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya.


Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang.


Sementara itu, anak saudara mangsa, Cik Ainaa Syafiqah Shamsuddin, 24 tahun, memberitahu Harian Metro hari ini bahawa mangsa dan teman lelakinya itu sudah membuat persiapan majlis perkahwinan yang bakal diadakan 6 Jun depan.


Menurutnya, mangsa juga pernah bercerita yang dia amat menyayangi suspek dan tidak pernah bergaduh dengan suspek kerana suspek dianggap amat baik dan alim.


"Kad perkahwinan mangsa juga sudah siap direka dan hanya menunggu masa untuk dicetak sebelum diedarkan," kata Cik Ainaa lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >