Guru denda murid jadi macam lembu ditukar sekolah lain

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah rendah yang mendenda dua murid darjah empat dengan menggantung 10 loceng pada leher, disuakan dengan rumput untuk dimakan dan diejek dengan panggilan lembu pada Khamis lalu, telah ditukar ke sekolah lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata guru tersebut akan turut diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah, lapor akhbar The Star.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Perak itu, guru Bahasa Inggeris berusia 26 tahun, didakwa melontarkan kata-kata 'lembu tidak buat kerja rumah, mesti kena makan rumput,' manakala guru lain yang masuk ke kelas itu pula berkata 'sejak bila dalam kelas ini ada dua ekor lembu.'

Dr Khair berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.