Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Guru, dua pelajar ditikam di sekolah di Sydney

Feb 02, 2017 | 11:24 AM



SYDNEY: Seorang guru dan dua pelajar ditikam di sebuah sekolah tinggi di Sydney pada Khamis (2 Feb), sementara seorang remaja ditangkap dekat tempat kejadian kerana membawa tiga pisau.



Namun, polis berkata kejadian itu tiada kaitan dengan pengganasan.



Imej dari tempat kejadian menunjukkan pisau pemotong daging antara barang yang dirampas daripada remaja berusia 16 tahun yang ditahan itu, yang juga seorang pelajar.



"Saya tidak membunuh sesiapa. Awak mesti beritahu abang saya," katanya ketika dibawa pergi dengan digari oleh polis, lapor akhbar Sydney Morning Herald.



Seorang guru perempuan berusia 48 tahun, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan seorang pelajar perempuan 15 tahun dibawa ke hospital dengan kesan tikaman yang tidak mengancam nyawa.



"Ini tiada kaitan dengan pengganasan, ini satu isu tempatan di sebuah sekolah tempatan," kata Superintenden Peter Lennon kepada pemberita, sambil menambah bahawa tiga pisau ditemui.



Motif belum dipastikaan.



"Anak muda yang kami tahan tidak dikenali pengetua sekolah itu, tidak dikenali polis, jadi ia isu setempat, dan kami akan menyiasat hingga mengetahui sebab bagi kejadian ini," kata beliau. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >