Guru Malaysia terus kerja walau asuh pelajar perempuan hantar gambar bogel

GEORGE TOWN: Seorang remaja wanita muda menghantar gambar bogelnya kepada guru lelaki sekolahnya yang dipercayai mengasuhnya untuk seks sejak tiga tahun lalu.

Ibu remaja tersebut mendapat tahu selepas beliau melihat beberapa gambar bogel itu pada telefon anaknya tahun ini.

Namun yang membuat pengarah eksekutif Pusat bagi Perubahan Wanita, Cik Loh Cheng Kooi, jengkel ialah guru itu masih bekerja apabila beliau memeriksa kes tersebut bulan lalu.

"Sembarang guru yang disyaki melakukan penderaan seksual harus digantung daripada kerjanya serta-merta sementara menunggu siasatan oleh pihak berkuasa.

"Nampaknya guru itu mangasuh remaja tersebut untuk seks selama beberapa tahun sebelum ia diketahui ibu bapanya," kata beliau kepada pemberita selepas perbincangan meja bundar mengenai Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang pada Isnin (27 Jun).

Cik Loh berkata guru berkenaan dikatakan mengaku melakukan kesalahan itu apabila dipanggil untuk menjelaskannya, tetapi tiada tindakan diambil oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Perbincangan itu turut dihadiri pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Encik Chong Eng, dan tiga anggota parlimen.

Cik Loh berkata Kementerian Pelajaran harus mempunyai prosedur operasi standard berkaitan kes penderaan seksual kanak-kanak di sekolah.

Menurutnya, pada masa ini guru yang menghadapi dakwaan tersebut masih dibenarkan bekerja sementara menunggu siasatan pihak berkuasa.

Cik Loh mendakwa Jabatan Pelajaran Negeri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, dan ibu bapa remaja tersebut diberitahu jabatan itu akan menyerahkan perkara tersebut kepada polis jika mereka telah membuat laporan.

Beliau berkata, ibu bapa itu tidak membuat laporan polis kerana bimbang trauma yang boleh memberi kesan negatif ke atas anak mereka.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Encik Shaari Osman, berkata pihaknya menerima surat aduan mengenai perkara itu hanya minggu lalu.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan penemuan awal menunjukkan guru itu turut memberi tuisyen kepada remaja tersebut. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.