Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR

Hadi tolak usul Mahathir bincang jatuhkan Najib

Jun 14, 2016 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengakui bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menemui beliau tiga bulan yang lepas bagi membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Datuk Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu, lapor Malay Mail semalam.



"PAS tidak menentang individu... tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar.



"Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga," katanya kepada pemberita ketika melakukan kunjungan di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini.



Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Datuk Abdul Hadi) makan "dedak" Datuk Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.



"Kerana PAS tidak makan dedak, maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?



"Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku," ujar beliau.



Mengulas saranan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, agar Umno dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Datuk Abdul Hadi berkata:



"Kita ada garis panduan dalam Al-Quran... kembali kepada Al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.



"Kita tak gopoh, seperti mana rang undang-undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif," katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini bagi beliau mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.



Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.



Sementara itu, Naib Presiden PAS, Encik Idris Ahmad, menempelak kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan PAS menerima dedak daripada Datuk Najib.



Menurut Encik Idris, Dr Mahathir yang mengajar kroni-kroninya makan dedak dan bermula daripada beliau jugalah, pelbagai sistem ditukar bagi memastikan beliau terus berkuasa.



Ujarnya, mantan Perdana Menteri itu sejak dulu berdendam dengan PAS dan amarahnya semakin menjadi apabila PAS tidak menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Rakyat dibuatnya.



"Dia yang makan dedak dan kroni-kroni dia. Sekarang baru dia sedar orang lain makan dedak padahal dia yang mengajar. Bermula dari dialah, dalam Umno, rakyat diajar makan dedak. Sekarang dia ungkit orang lain pula.



"Mahathir sebenarnya tidak layak bercakap tentang "reform" sebab semua legasi yang ada sekarang ini berpunca daripada dia. Rosak sistem kehakiman juga pada zaman dia.



"Pembinaan kroni-kroni juga bermula zaman dia. Kita tidak mahu serang dia kerana dia bukan lawan kita. Dia tiada kuasa, kita lawan dengan orang yang ada kuasa," kata Encik Idris. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >