KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan pertuduhan yang dihadapi bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan peguam Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan, lapor Berita Harian Online semalam.