Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas tidak wakili rakyat Palestin: Presiden Abbas

Oct 16, 2023 | 02:37 PM



CARACAS: Presiden Pihak Berkuasa Palestin Encik Mahmoud Abbas berkata tindakan dan dasar kumpulan Hamas tidak mewakili rakyat Palestin, menurut agensi berita rasmi Wafa.


Dalam panggilan telefon dengan Presiden Venezuela, Encik Nicolas Maduro, Encik Abbas juga menyifatkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai “wakil sah tunggal rakyat Palestin”, kata Wafa lagi.

“Presiden mengesahkan penolakannya terhadap pembunuhan orang awam di kedua-dua pihak dan menggesa pembebasan orang awam, banduan dan tahanan di kedua-dua pihak,” tambah agensi berita itu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, agensi berita rasmi Pihak Berkuasa Palestin itu kemudiannya memadamkan rujukan kepada kumpulan militan yang dibuat sebelumnya tanpa memberikan penjelasan.

Komen asal yang diterbitkan oleh Wafa di laman webnya, dibuat semasa panggilan telefon antara Encik Abbas dengan Encik Maduro. Kedua-duanya membincangkan pengeboman Israel ke atas Gaza berikutan serangan maut Hamas di bandar-bandar Israel.

Encik Maduro menegaskan semula “sokongan tanpa syarat” Venezuela untuk Palestin dan Pihak Berkuasanya”, dan menawarkan 30 tan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin untuk dihantar dalam beberapa hari akan datang, menurut kenyataan itu.

Namun, beberapa jam kemudian, frasa itu dilaraskan kepada berbunyi: “Presiden juga menekankan bahawa dasar, program dan keputusan PLO mewakili rakyat Palestin sebagai wakil sah tunggal mereka, dan bukannya dasar mana-mana organisasi lain.”

Tidak jelas mengapa rujukan kepada Hamas dibuang. Tiada komen segera oleh pejabat Encik Abbas atau Wafa. Hamas juga tidak segera memberi sebarang komen.

Pihak Berkuasa Palestin yang dipimpin Encik Abbas menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Beliau telah lama menentang Hamas, yang menguasai Gaza pada 2007 dan menggulingkan pasukan parti Fatah yang setia kepada Encik Abbas. Rundingan perdamaian selama bertahun-tahun antara seteru itu gagal mencapai kejayaan.

Encik Abbas juga mengetuai PLO, kumpulan yang mewakili Palestin dalam rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat dengan Israel pada masa lalu. Encik Abbas mula menjawat tugas sebagai Presiden Palestin sejak 2005 mewakili parti politik Fatah - iaitu saingan kepada Hamas.

Dalam usaha terbaru Amerika bagi Arab Saudi memulihkan hubungan dengan Israel, Pihak Berkuasa Palestin mengajukan senarai tuntutan sebagai balasan untuk melibatkan diri dalam proses rundingan tersebut. Ini termasuk memindahkan bahagian Tebing Barat yang kini berada di bawah kawalan penuh Israel kepada tadbir urus Pihak Berkuasa Palestin. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >