MURSITPINAR (Turkey): Militan Negara Islam (IS) kian hampir menawan bandar sempadan Kobane di Syria hingga mendorong wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta bantuan masyarakat antarabangsa.
Perkembangan itu berlaku sedang sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan ramai lagi cedera apabila ribuan penunjuk perasaan pro-Kurdi bertembung dengan polis di seluruh Turkey semalam kerana membantah tindakan Turkey yang lambat bertindak terhadap militan IS yang menyerang bandar sempadan Kobane di Syria.