Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hang Tuah belum sah wujud?

May 21, 2016 | 12:00 AM



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mengesahkan bukti arkeologi yang mengaitkan kewujudan Laksamana Hang Tuah masih belum dijumpai pakar.



Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kajian arkeologi yang dijalankan Jabatan Warisan Negara hanya menemui artifak yang boleh dikaitkan dengan kewujudan Kota Melaka, lapor Astro Awani semalam.



"Kajian selanjutnya mengenai sejarah Melaka sentiasa mendapat perhatian jabatan ini dan akan diteruskan dari masa ke masa," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini.



Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Encik Sim Tong Him, berhubung kewujudan Laksamana Hang Tuah pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.



Menurut Datuk Mohamed Nazri, pihak Perpustakaan Negara turut menjalankan usaha penyelidikan atas sumber dokumen tempatan seperti Manuskrip Melayu dan dokumen luar bagi mencari bukti kebenaran kewujudan Hang Tuah.



"Dalam manuskrip Melayu, watak Hang Tuah tercatat dalam teks Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Tuhfat al-Nafis.



"Selain itu watak Hang Tuah juga terdapat dalam dokumen luar negara seperti Rekidai Hoan dari Jepun, Vijayanagara (India), The Commentaries of The Great Alfonso de Albuquerque: Second Viceroy of India (Portugis) dan Dokumen Ming Shi (China)," katanya.



Datuk Mohamed Nazri berkata majoriti sarjana tempatan sepakat bahawa Makam Hang Tuah terletak di Tanjung Keling, Melaka, manakala keris Taming Sari kini menjadi sebahagian daripada regalia Diraja Perak.



"Kisah berkaitan Hang Tuah telah sebati dalam masyarakat Melayu serta telah menjadi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara melalui tradisi lisan, pantun, pepatah dan sebagainya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >