Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
3

Hang Tuah wujud! Bukan mitos

Dec 15, 2015 | 10:27 AM

KUALA LUMPUR: Hang Tuah wujud dan kewujudannya dapat dibuktikan melalui dokumen primer selain disokong dokumen sekunder, sekali gus menolak pendapat yang menyebut Hang Tuah hanya watak fiksyen yang dicedok daripada Hikayat Hang Tuah dan dimasukkan dalam Sejarah Melayu.

Profesor Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Dr Hashim Musa, berkata beliau berpegang kepada data primer yang diterimanya daripada Kerajaan Ryukyu di Jepun (kini Okinawa) iaitu dokumen rasmi Rekidai Hoan yang menyebut tentang surat yang ditulis laksamana bagi pihak Sultan Melaka ketika itu, Sultan Alaudin Riayat Shah, selain catatan pengembaraan Alfonso de Albuquerque yang juga menyebut tentang seseorang yang dirujuk sebagai laksamana.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >