Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga minyak dunia naik 2 peratus

Mar 29, 2017 | 09:09 AM



NEW YORK (Amerika Syarikat): Harga minyak dunia meningkat dua peratus semalam selepas gangguan teruk terhadap bekalan minyak Libya selain cadangan supaya Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta pengeluar minyak lain meneruskan pengurangan pengeluaran sehingga akhir tahun.



Sekatan pengeluaran yang dilakukan kumpulan bersenjata di telaga minyak barat Libya, Sharara dan Wafa, telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 252,000 tong sehari atau sekitar sepertiga, kata seorang sumber di National Oil Corp (NOC).



NOC mengisytiharkan 'force majeure' terhadap pembekalan minyak mentah dari telaga minyak di kawasan-kawasan terjejas.



Minyak mentah Brent naik 58 sen (80 sen) atau 1.14 peratus kepada AS$51.33 ($71.72) setong.



Kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) mengakhiri sesi semalam 64 cents atau 1.34 peratus lebih tinggi kepada AS$48.37 setong.



"Penutupan dua lapangan minyak Libya menyokong pasaran hari ini (semalam)," kata Pakar Niaga Hadapan Tenaga Citi Futures, Tim Evans dalam nota penyelidikannya.



Menteri Minyak Iran, Bijan Zanganeh, berkata persetujuan antara OPEC dan pengeluar bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran dan mengurangkan lebihan bekalan minyak mentah global dijangka dilanjutkan melangkaui Jun. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >