LELAKI berusia 29 tahun yang didakwa menikam tiga orang dengan pisau di stesen kereta api bawah tanah London Tube Sabtu lepas telah menjadi sasaran kempen hashtag Twitter.
#YouAintNoMuslimBruv atau 'Anda bukan Muslim bro' telah menduduki tempat tertinggi dalam perbualan yang trending di Twitter selepas kejadian di stesen bawah tanah Leytonstone, sebelum menjadi popular dengan pengguna seluruh dunia.