KEMAMAN: Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Encik Wan Amran Wan Hussin, 50 tahun, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.
Menurut anak saudaranya, Encik Amaluddin Noorshah, 48 tahun, hasrat itu dinyatakan ketika Encik Wan Amran pulang ke kampungnya untuk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas.