Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hasrat untuk beraya di kampung berkecai bagi dua penumpang MH17

Jul 19, 2014 | 11:00 AM



SEPANG: ADIK kepada salah seorang penumpang Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 tidak menyangka penantian lima tahun untuk melihat kakaknya pudar.


Cik Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya, Cik Nurahimah Mohd Noor, 67 tahun, yang telah menginap di Geneva selama 30 tahun, dilaporkan berada dalam penerbangan tersebut, lapor laman web Astro Awani.


"Beliau nak balik ke Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya dan merancang untuk berada di Malaysia selama enam minggu," kata beliau kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Cik Noraini berkata, beliau mendapat tahu tentang kejadian tersebut selepas mendengar berita di televisyen dan segera bergegas ke KLIA untuk mendapatkan maklumat terkini.


Beliau kali terakhir bertemu kakaknya ketika beliau pulang ke Malaysia untuk beraya lima tahun lalu.


Seramai 283 penumpang dan 15 krew penerbangan MH17 itu terhempas di Ukraine semasa terbang lalu di zon konflik di timur negara itu semalam.


Pesawat berkenaan dikatakan telah ditembak oleh peluru berpandung pemberontak pro-Russia yang sedang berjuang di kawasan yang dikuasai oleh pemerintah Kiev.


Sementara abang kepada seorang lagi penumpang pesawat berkata adiknya, Encik Md Ali Md Salim, 30 tahun, begitu teruja untuk pulang beraya di kampung mereka di Muar, Johor.


Menurut Encik Md Zaki, seminggu sebelum kejadian adiknya sempat berbual di laman sosial Facebook dan menyatakan hasrat untuk membeli seluar dan kasut untuk semua anggota keluarganya, lapor Bernama.


"Dia sempat bertanya kepada kami meminta saiz seluar dan kasut untuk dibelinya," katanya ketika ditemui di KLIA, pagi tadi.


Encik Md Ali yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dan menyiapkan tesisnya dalam kajian psikologi peringkat Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti di Armsterdam.


"Setelah mendapat berita dari kakak, saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS sahkan adik saya adalah salah seorang penumpang pesawat itu," kata Encik Md Zaki, .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >