Helikopter terhempas, Anggota Parlimen Malaysia antara 6 penumpang terkorban

PETALING JAYA - Malaysia mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis merupakan antara enam orang yang berada dalam sebuah helikopter yang terhempas di Semenyih, Kajang, hari ini, Sabtu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Tan Sri Jamaluddin, Anggota Parlimen (AP) Rompin, berada dalam helikopter malang itu.

Polis mengesahkan kesemua penumpang terkorban.

Yang lain adalah usahawan Tan Sri Robert Tan, Dato Seri Azlin Alias, yang merupakan Setiausaha Umum Sulit Pejabat Perdana Menteri, seorang juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang pengawal peribadi.

"Kami masih mendapatkan maklumat lanjut tentang kemalangan tersebut. Polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Kebakaran dan Menyelamat," kata beliau.

Helikopter milik privet itu sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang apabila ia terhempas.

Sebelum terhempas, satu panggilan kecemasan dipercayai diterima oleh Jabatan Kebakaran dan Menyelamat sekitar 5 petang dan lebih 20 anggota bomba dikerahkan untuk membantu dalam misi mencari. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.