Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Henti ‘politiking’ keterlaluan demi kemantapan, kemajuan M’sia

Sep 10, 2023 | 05:30 AM



Suhu politik negara terus panas walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah lebih sembilan bulan berlalu.

Pasca-PRU15, rakyat berharap suhunya kembali tenang dan stabil supaya dapat hidup harmoni tanpa dibelenggu ‘politiking’ keterlaluan seperti selepas PRU14 pada 2018, antara lain angkara Langkah Sheraton dan pertukaran Perdana Menteri silih berganti.

Namun kini tidak banyak berubah, cuma kedudukan Kerajaan Perpaduan kini lebih kukuh dengan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat (Parlimen) apabila pelbagai parti tidak sehaluan sebelum ini, bergabung menyahut titah nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Di sebalik itu, suhu politik kembali menggelegak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, hingga isu 3R (raja, agama dan kaum) dijadikan bahan kempen dan dimainkan sesetengah pemimpin politik saban hari demi meraih sokongan rakyat.

Provokasi
Kerajaan Perpaduan
bakal tumbang

Di pentas ceramah, pemimpin politik tertentu mendakwa kononnya kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal tumbang pada Ogos, namun September sudah menjengah, Kerajaan Perpaduan terus utuh.

Julai lalu, belumpun bermula kempen PRN, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat ‘kacau-bilau’ dan tidak akan bertahan lama.

Naratif ‘kerajaan akan bertukar’ sering dimainkan pembangkang untuk membina dan mengukuhkan persepsi sedemikian dalam pemikiran rakyat.

Kenyataan seumpama ini jelas tidak bertanggungjawab, bukan sahaja meresahkan rakyat, malah memberi kesan terhadap kestabilan politik.

Tanpa disedari tempiasnya terkena kepada usaha kerajaan memacu dan memulihkan ekonomi negara, termasuk menangani isu menghimpit rakyat seperti harga barang dan kos sara hidup mencanak naik.

Lantaran itu, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, supaya lebih banyak masa diberikan kepada Datuk Anwar yang juga Menteri Kewangan untuk membangunkan ekonomi negara, seakan isyarat supaya semua pihak berhenti ‘politiking’ keterlaluan.

Sultan Ibrahim bertitah ia berikutan masalah krisis kewangan dihadapi Kerajaan Perpaduan ketika ini amat mencabar dan Datuk Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan.

Titah itu seharusnya diterima positif semua pihak terutama pembangkang agar lebih bertanggungjawab dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan atau ‘ugutan’ menjatuhkan kerajaan, akhirnya menyebabkan ketidakstabilan politik serta merencatkan usaha Kerajaan Perpaduan memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Kestabilan politik penting sebagai prasyarat Malaysia terus membangun dan berdaya saing. Ia membolehkan negara kekal aman dan harmoni, sekali gus kerajaan dapat menumpukan perancangan dan pelaksanaan dasar memulihkan ekonomi pascapandemik.

Pelabur asing
tumpu negara stabil

Pelabur asing hanya akan bertumpu di negara stabil dan sebarang pergolakan akan mengakibatkan mereka hilang minat melabur kerana ketidakstabilan memberi gambaran imej negara tidak selamat.

Dalam usaha mencipta lonjakan baharu, Perdana Menteri menggagaskan Malaysia Madani pada Januari lalu.

Ia langkah agresif bertujuan memperkukuh lapan teras keperluan mencakupi ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar serta luar bandar. Ikhtiar ini merangka penyelesaian terhadap segala masalah jika dapat dijayakan tanpa sebarang gangguan politik.

Malah, terdapat ikhtiar menangani kos sara hidup dijadikan Dasar Madani, bukti Kerajaan Perpaduan amat serius menangani isu menghimpit rakyat.

Kira-kira sembilan bulan memegang tampuk pentadbiran negara, tanpa sedar di sebalik pelbagai tekanan wujud dari dalam dan rentas global, Kerajaan Perpaduan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif.

Antaranya 30 peratus keuntungan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dinikmati pesawah, bantuan khas RM250 ($72.84) kepada pesawah serta bantuan khas Aidilfitri untuk pesawah, nelayan dan pekebun sebanyak RM200.

Selain itu, menaikkan Bantuan Musim Tengkujuh daripada RM200 kepada RM800 kepada pekebun, perkhidmatan kesihatan percuma melalui Skim Perubatan Madani kepada B40 termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), harga Internet jalur lebar B40 dikurangkan kepada RM69 sebulan berbanding RM89, menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (Kafa), menambah imam, bilal dan tok siak, serta mengeluarkan lebih 130,000 rakyat daripada senarai muflis.

Islam tidak terabai

Dari sudut Islamik, di sebalik dakwaan pembangkang kononnya ‘Islam terabai’ di bawah Kerajaan Perpaduan, RM1.5 bilion diperuntukkan untuk pengurusan dan hal ehwal Islam; menyelenggara kemudahan pendidikan berkaitan Islam (RM150 juta); sekolah tahfiz dan institusi pondok termasuk menaik taraf dan membaiki kemudahan (RM150 juta) serta RM40 juta disumbangkan kepada 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, mabut, guru Kafa dan takmir.

Semua ini dan banyak lagi inisiatif pastinya sukar dirancang serta dilaksanakan jika tiada kestabilan politik termasuk usaha menukar kerajaan melalui ‘pintu belakang’ sering dimomokkan pembangkang.

Hakikatnya, konsep Malaysia Madani selari dengan sirah Rasulullah saw mendirikan negara tidak hanya tertumpu kepada umat Islam, bahkan membabitkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menjayakannya.


Ia dinyatakan dalam khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), baru-baru ini yang mengingatkan umat Islam mengenai kepentingan kestabilan negara bagi memastikan kesejahteraan dalam segenap aspek.

Mengambil semangat Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66, seluruh pemimpin politik perlu mempamerkan kematangan dengan mengetepikan ‘politiking’ keterlaluan demi memberi laluan kepada usaha membina negara.

Proses pembangunan dan pentadbiran negara adalah tanggungjawab bersama rakyat dan pemimpin.

Jika ketidakstabilan politik berterusan, implikasinya tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, ekonomi dan pembangunan negara.

Justeru, rakyat dan pemimpin perlu bersatu agar pergolakan politik dapat dielak demi mencapai dan memacu keharmonian di negara ini.

Pandangan ini disiarkan di ‘Berita Harian Malaysia’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >