Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

IS hilang 12% dari kawasan ditakluk di Iraq dan Syria dalam 6 bulan

Firma analisis: Pendapatan bulanan kumpulan militan dianggarkan susut daripada AS$100 juta pada pertengahan 2015 kepada AS$56 juta Mac lalu
Jul 12, 2016 | 05:30 AM



KAHIRAH: Kumpulan militan IS dilaporkan kehilangan 12 peratus daripada kawasan yang ditakluknya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, selain mengalami penurunan drastik hasil pendapatannya.



Menurut firma analisis IHS Global Insight, kumpulan militan itu kini menguasai kawasan seluas 68,300 kilometer persegi di Syria dan Iraq, berkurangan daripada lebih 90,000 kilometer persegi pada awal tahun lalu.



Malah, baru-baru ini IS kehilangan kawasan yang dikuasainya kepada beberapa pihak, antaranya militia Kurdi di utara Syria; tentera Syria di kawasan padang pasir di tengah negara itu, serta kepada pasukan keselamatan Iraq di barat dan utara Baghdad.



IHS turut menganggarkan pendapatan bulanan militan IS merudum daripada sekitar AS$80 juta ($100 juta) pada pertengahan 2015 kepada AS$56 juta pada Mac 2016 dan mungkin telah menurun sebanyak 35 peratus lagi dalam tempoh tersebut.



"Keadaan itu berpunca daripada perpecahan dalam kumpulan militan itu seperti pembelotan dan penarikan diri sejak Januari lalu, selain tindakan daripada pihak tentera," kata penganalisis kanan IHS, Encik Ludovico Carlino.



Tambah IHS, serangan terbaru tentera pemerintah diketuai militia Kurdi ke atas bandar Minbij di utara Syria menjadi ancaman utama kepada bandar de facto IS, al-Raqqa, dan keupayaannya bertindak sebagai sebuah negara.



"Penaklukan semula (Minbij) oleh Tentera Demokratik Syria (SDF) bakal memberi kesan besar ke atas keupayaan militan IS membekalkan al-Raqqa dengan rekrut baru dan bantuan bekalan, serta melemahkan pentadbiran mereka," kata ketua penganalisis IHS, Encik Columb Strack.



Pada Mei lalu, Pentagon berkata IS telah kehilangan kira-kira 45 peratus daripada wilayah yang dikuasainya di Iraq serta antara 16 dengan 20 peratus daripada wilayahnya di Syria.



Encik Strack berkata kekalahan besar di wilayah di Iraq dan Syria mungkin akan membuat IS melipatgandakan usaha mereka kepada "serangan dengan korban beramai-ramai".



"Dengan pengurangan kawasan dikuasai IS, ia akan menjadi semakin jelas bahawa projek tadbir urus khalifah mereka gagal. Kelompok ini memberi keutamaan kepada perang gerila," katanya.



Perubahan strategi perang itu dilakukan antara lain dengan meningkatkan serangan yang mengakibatkan korban besar-besaran, sabotaj infrastruktur ekonomi di Iraq dan Syria.



Serangan gaya baru itu mungkin juga dilakukan ke Eropah dan bahagian lain di dunia, menurut Encik Strack. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >