Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hillary Clinton menang pemilihan terakhir Demokrat di Washington D.C.

Jun 15, 2016 | 11:31 AM



WASHINGTON: Cik Hillary Clinton memenangi Daerah Columbia (DC), atau Washington, dalam pemilihan awal terakhir Demokrat pada Selasa (14 Jun), sedang parti itu mengalihkan tumpuan kepada pilihan raya pada 8 Nov terhadap calon andaian Republikan, Encik Donald Trump.



Mantan setiausaha negara itu dengan mudah menewaskan saingan beliau, Senator Bernie Sanders, dengan mendapat 79 peratus undi berbanding 21 peratus, setelah lebih dua pertiga undi dikira.



Pemilihan awal itu menutup persaingan lebih empat bulan, dari negeri ke negeri, untuk menjadi calon Rumah Putih Demokrat yang bermula pada 1 Februari di Iowa.



Cik Clinton, yang mendapat jumlah perwakilan yang cukup untuk menjadi calon parti itu minggu lalu, akan bertemu Senator Sanders secara peribadi pada Selasa (Rabu waktu Singapura) bagi mencari titik persamaan dalam perlumbaan menentang Encik Trump.



Encik Sanders menghadapi tekanan agar menghentikan kempen beliau dan membantu menyatukan parti itu. Namun, senator dari Vermont itu telah berikrar akan mendesak lebih ramai tokoh Demokrat pada konvensyen parti bulan depan agar mengubah pendirian dan menerima agenda beliau.



Senator Sanders telah berjanji akan kekal bertanding hingga akhir pemilihan awal Washington, D.C., walaupun beliau tidak lagi bercakap tentang mendapat pencalonan parti itu dan sebaliknya memberi tumpuan pada cara beliau boleh menonjolkan agenda beliau.



Encik Sanders dijadual menyampaikan ucapan nasional kepada penyokongnya pada Khamis. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >