SEPANGGAR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kecewa dan sedih berikutan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyertai perhimpunan Bersih di ibu negara pada Sabtu dan Ahad.
Katanya, tindakan itu bertentangan sekali dengan apa yang pernah diucapkan oleh Dr Mahathir pada 1998 bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan menyuarakan rasa tidak puas hati, apalagi menjatuhkan kerajaan.