Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Hishammuddin tetap enggan terima PH, rela dipecat

Umno Johor tidak mahu libatkan DAP bentuk kerajaan persekutuan; PN kemuka Surat Akuan Berkanun Muhyiddin Yassin dilantik PM
Nov 22, 2022 | 05:30 AM



MANTAN Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, rela dipecat oleh partinya namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh beliau menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan campuran bersama.



Datuk Hishammuddin yang berjaya mempertahan kerusi Parlimen Sembrong dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengulangi pendiriannya itu semalam tetap menolak kerjasama dengan PH.



"No Anwar, No DAP (Tidak kepada Anwar, Tidak kepada DAP). Pihak yang berasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan," ujar Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu.



Desas-desus mengenai kerjasama antara PH yang memenangi 82 kerusi Parlimen bersama BN yang memenangi 30 kerusi Parlimen dalam PRU15 semakin bertiup kencang menyusuli pertemuan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan tersebut di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur semalam.



Namun, Datuk Hishammuddin merupakan antara empat Ahli Parlimen BN yang tidak hadir dalam pertemuan tersebut, termasuk dua yang kurang sihat.



Umno Johor turut berkata mereka berpendirian bahawa gabungan politik yang dibentuk untuk membentuk kerajaan persekutuan tidak perlu membabitkan Parti Tindakan Demokratik (DAP).



Menerusi satu kenyataan semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata keutamaan parti politik di Malaysia ketika ini adalah untuk membentuk gabungan politik yang stabil serta kerajaan yang berfungsi dan bersifat sederhana untuk memimpin Malaysia berhadapan dengan cabaran sosial dan ekonomi pada masa akan datang.



"Oleh yang demikian, Umno Johor berpendirian bahawa gabungan politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP," ujarnya.



Pada masa yang sama, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata gabungan itu telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.



Menurutnya, jumlah Surat Akuan yang dikemukakan itu melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan bagi pelantikan Perdana Menteri di bawah Perlembagaan Persekutuan.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, turut tampil sebagai wakil rakyat BN pertama mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia secara terbuka.



Menerusi satu kenyataan, beliau berkata asas utama penolakan terhadap PH adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara semasa 22 bulan diperintah gabungan itu pada PRU14 lalu.



"Secara terbuka, saya mengambil sikap berjiwa besar dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri atas kerangka bahawa PN memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas PH," katanya.



Datuk Jalaluddin juga tidak hadir di pertemuan pemimpin PH dan BN semalam disebabkan demam.



Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, empat Ahli Parlimen BN tidak hadir di pertemuan itu, termasuk dua yang kurang sihat.



Namun, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua Ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepadanya untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.



"Ahli Parlimen (BN) yang menandatangani sebarang dokumen terutama Akuan Bersumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak sah kerana ia melanggar ketetapan parti serta Akuan Bersumpah yang telah ditandatangani setiap calon BN," ujarnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >