Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hishamuddin: Penemuan objek memberi harapan

Mar 20, 2014 | 01:41 PM



SEPANG: Malaysia menganggap penemuan dua objek oleh Australia di Lautan Hindi "memberi harapan" kepada penemuan pesawat MH370 yang hilang sejak 13 hari lalu.


"Setiap penemuan adalah satu harapan," kata Pemangku Menteri Pengangkuta, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana beliau mengetuai gerakan mencari antarabangsa.


"Kita tekal selama ini. Kami ingin mengesahkan terlebih dahulu, kami ingin memastikan kesahihannya," ujar beliau.


Encik Hishamuddin mengesahkan perdana menteri Australia telah menghubungi perdana menteri Malaysia bagi membincangkan perkembangan terbaharu.


"Ketika ini saya mengharapkan satu perkembangan positif," katanya.


Sejak kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, gerakan mencari sering dihambat dengan pelbagai berita palsu akan penemuan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu.


Datuk Seri Hishamuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan dalam pada itu mengingatkan bahawa usaha mengesahkan penemuan akan mengambil masa:


"Pesawat dan kapal sedang menuju ke kawasan objek yang ditemui, anda tahu betapa luasnya kawasan itu." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >