Hong Kong hadapi wabak flu burung jenis baru

HONG KONG: Kemudahan-kemudahan perubatan di Hongkong kini mempunyai bekalan perubatan yang rendah bagi melawan wabak selesema, dan bekalan lanjut mungkin hanya akan tiba dalam tempoh seminggu, kata para doktor.

Hospital-hospital di Hongkong juga mengalami masalah kekurangan katil setelah Hongkong kini perlu berdepan dengan sejenis selesema burung yang baru, menurut laporan.

Penularan wabak H3N2 yang bermula 2 Januari lalu, telah menyebabkan 218 orang dirawat di hospital, dan dari jumlah itu 142 telah menemui maut sehingga semalam, lapor akhbar South China Morning Post.

Pihak berkuasa kesihatan Hongkong berkata keadaan kini terkawal dengan tiada jangkitan kelompok besar.

Namun, sedang Hongkong menghadapi wabak selesema yang tinggi, Presiden Persatuan Doktor, Dr Henry Yeung Chiu-fat berkata beberapa klinik swasta mungkin idak memperolehi dadah Tamiflu sehingga 15 Februari.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.