Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Houthi serang kapal dagang AS di Laut Merah

Jan 16, 2024 | 02:03 PM



WASHINGTON: Militan Houthi menyerang sebuah kapal komersial milik Amerika Syarikat dengan peluru berpandu balistik antikapal pada 15 Januari, menggariskan amaran bahawa laluan perdagangan terpenting dunia itu masih terlalu berisiko untuk dilalui.


Gibraltar Eagle, yang belayar di bawah bendera Kepulauan Marshall, telah diserang kira-kira 4 petang waktu tempatan di Teluk Aden, kata Komando Pusat Amerika menerusi X (dahulu Twitter).

Namun, tiada siapa yang cedera dan kapal itu mengalami kerosakan yang tidak ketara sebelum meneruskan perjalanannya.

Serangan itu menggariskan amaran daripada Amerika, yang dilaporkan oleh kumpulan perdagangan industri terkemuka, bahawa kapal-kapal harus menjauhi Laut Merah.

Jabatan Pengangkutan Amerika juga telah mengeluarkan amaran kepada kapal-kapal dagang Amerika supaya mengelak perairan itu sehingga diberitahu kelak.

Tentera Amerika dan Britain telah mengebom sasaran di Yaman sejak beberapa hari lalu berikutan serangan berbulan-bulan ke atas kapal komersial oleh Houthi, yang telah menyasarkan kapal yang mempunyai sebarang kaitan dengan Israel.

Serangan itu dilakukan dengan sokongan Belanda, Canada, Bahrain dan Australia, melakukan serangan terhadap Yaman.

Houthi bertanggungjawab atas serangan itu dan jurucakap angkatan tentera Houthi, Encik Yahya Saree, berkata dalam satu kenyataan di televisyen bahawa mereka juga akan menyasarkan kapal dan kapal perang Amerika dan Britain.

Serangan itu akan berterusan selagi Israel meneruskan serangannya di Gaza, katanya.

Israel telah berikrar untuk memusnahkan Hamas, yang mengawal Gaza dan telah ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika dan Kesatuan Eropah (EU), sejak militannya membunuh 1,200 orang dalam serangan pada 7 Oktober.

Houthi memulakan serangan mereka pada November, tidak lama selepas tentera Israel menceroboh Gaza.

Eagle Bulk Shipping, pengendali Gibraltar Eagle yang membawa produk keluli, mengesahkan kapal itu terkena peluru dan mengalami kerosakan terhad pada bahagian kargo sebelum meneruskan pelayaran.

Pemerintah Yaman mengkritik serangan Houthi dan menyatakan bahawa kumpulan itu cuba memanipulasi nasib rakyat Palestin untuk agendanya sendiri, lapor agensi berita Saba pada 15 Januari.

Serangan itu meningkatkan kos penghantaran apabila kapal yang mengelak kawasan itu terpaksa belayar beribu-ribu kilometer lebih jauh di sekitar Afrika.

Pada 14 Januari, kapal pemusnah USS Laboon diserang peluru berpandu yang disasarkan oleh Houthi di Laut Merah, menurut Pusat Kawalan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, sebuah jet pejuang Amerika menembak jatuh peluru berpandu itu di luar pantai Yaman berhampiran bandar Al Hudaydah, menurut kenyataan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >