Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

HRW: Hampir 600 orang mati dalam tahanan di India

Dec 19, 2016 | 05:02 PM



NEW YORK (Amerika Syarikat) - Hampir 600 orang dilaporkan meninggal dunia sewaktu dalam tahanan di India antara 2010 dan 2015, kata Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.



Menurut kumpulan itu, tidak ada anggota polis yang disabitkan dengan kesalahan yang mengakibatkan kematian seseorang banduan dalam tahanan sewaktu tempoh itu.



Polis India selalunya memberi alasan kematian dalam tahanan adalah disebabkan penyakit, usaha melarikan diri, bunuh diri atau kemalangan.



Bagaimanapun, kumpulan hak asasi berkata, jumlah kematian yang besar dalam tahanan itu adalah disebabkan penganiayaan.



Kumpulan itu menerbitkan satu laporan setebal 114 muka surat yang meneliti "ketidakendahan polis terhadap peraturan penangkapan, kematian dalam tahanan yang disebabkan oleh penganiayaan, dan kebebasan dari hukuman untuk mereka yang bertanggungjawab".



Laporan itu menarik perhatian terhadap "siasatan rapi" yang dijalankan ke atas 17 kematian dalam tahanan yang berlaku antara 2009 dan 2015, termasuk lebih 70 wawancara dengan ahli keluarga mangsa, saksi, pakar undang-undang dan pegawai polis.



Dalam setiap satu 17 kes itu, laporan itu menyatakan bahawa polis tidak melakukan penangkapan dengan tidak menuruti peraturan yang ada, menjadikan suspek lebih terdedah kepada penganiayaan.



"Polis di India akan didedahkan bahawa memukul suspek untuk mengaku salah tidak boleh diterima hanya selepas para pegawai didakwa atas kesalaha penganiayaan," kata Meenakshi Ganguly, pengarah bagi kawasan Asia Selatan South.



"Kajian kami mendapati bahawa terlalu sering, anggota polis yang menyiasat kematian dalam tahanan lebih prihatin dalam melindungi rakan mereka daripada membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," menurut laporan HRW itu.



Dari segi undang-undang, setiap orang yang ditahan mesti menjalani pemeriksaan doktor dan dihadapkan di depan magistret dalam tempoh 24 jam.



HRW menyatakan bahawa data pemerintah menunjukkan bahawa 67 daripada 97 kematian semasa dalam tahanan pada 2015.



Polis dalam pada itu kelihatan gagal untuk menghadapkan suspek ke depan magistret dalam tempoh 24 jam atau suspek meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap.



Kumpulan hak asasi berkata, siasatan rasmi bagi memahami salah laku jarang mendapati anggota polis dalam keadaan yang salah.



Polis juga melengahkan atau enggan memfailkan aduan terhadap pegawai polis yang terlibat. - BBC News




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >