Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hukuman mati diteruskan, Indonesia tolak tawaran Australia

Mar 05, 2015 | 05:06 PM



JAKARTA - Indonesia berkata ia akan meneruskan langkah untuk menjalankan hukuman mati ke atas dua pengedar dadah Australia dan para pesalah asing lain, sekaligus menolak tawaran pertukaran banduan yang ditawarkan Canberra.


"Mengikut arahan presiden, hukuman mati ke atas para pesalah akan diteruskan," kata Menteri Penyelaras Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Guaman, Encik Tedjo Edhy Purdijatno kepada media.


Peguam Negara Muhammad Prasetyo juga menolak tawaran tersebut.


"Tawaran itu tidak seimbang dan relevan dengan apa yang kami akan lakukan," kata beliau kepada laman web akhbar Tempo.


Menteri Luar Australia Julie Bishop telah menawarkan pertukaran banduan pada saat-saat terakhir untuk menyelamatkan Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, ketua sindiket kumpulan pengedar dadah "Bali Nine".


Mereka dikenakan hukuman mati kerana cuba menyeludup keluar dadah heroin dari Indonesia. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >