Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hukuman penjara seumur hidup 2 pemimpin kanan Khmer Rouge dikekal

Nov 23, 2016 | 02:39 PM



PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengekalkan pada Rabu (23 Nov) hukuman penjara seumur hidup ke atas dua bekas pemimpin Khmer Rouge bagi jenayah terhadap kemanusiaan.



Keputusan itu memberi tamparan kepada harapan mereka untuk dibebaskan sedang mereka menghadapi perbicaraan kedua bagi tuduhan genosid (penghapusan kaum).



'Abang Nombor Dua' Nuon Chea, 90 tahun, dan bekas ketua negara Khieu Samphan, 85 tahun, pemimpin tertinggi pertama dipenjara pada 2014 daripada rejim yang bertanggungjawab atas kematian hingga dua juta rakyat Kemboja dari 1975 hingga 1979.



Mereka merayu terhadap sabitan itu, menuduh mahkamah melakukan rentetan kesilapan dan hakim gagal kekal saksama kerana pengalaman peribadi mereka di bawah rejim itu.



Dalam keputusan panjang pada Rabu, mahkamah mengekalkan sebahagian besar daripada sabitan dan hukuman penjara ke atas, tetapi mengaku beberapa kesilapan undang-undang dibuat dalam perbicaraan awal.



Hakim Kong Srim, hakim besar Dewan Mahkamah Agung, berkata pasangan itu "bersikap langsung tidak menimbangkan nasib penduduk Kemboja", sambil menambah bahawa jenayah mereka "terlalu besar".



Rejim Khmer Rouge memporakperandakan masyarakat moden di Kemboja dalam usaha mereka mewujudkan utopia masyarakat tani Marxsis, membunuh sejumlah besar rakyat dan meninggalkan parut bergenerasi.



Mahkamah itu ditubuh berikutan perjanjian antara Kemboja dan PBB untuk mendakwa pemimpin kanan rejim kejam tersebut.



Bilangan tuduhan terhadap Chea dan Khieu Samphan begitu luas dan rumit hingga mahkamah memecahkan perbicaraan kepada beberapa perbicaraan lebih kecil pada 2011, kerana bimbang pasangan itu mungkin mati sebelum keadilan dapat dilaksana.



Mereka disabitkan bersalah pada Ogos 2014 menyusuli perbicaraan selama dua tahun yang memberi tumpuan pada kesalahan memindahkan dengan paksa sekitar dua juta rakyat Kemboja dari Phnom Penh ke kem buruh luar bandar dan pembunuhan ratusan askar musuh di salah satu daripada beberapa tapat pembunuhan.



Nuon Chea dan Khieu Samphan juga sedang menjalani perbicaraan kedua bagi genosid ke atas kaum minoriti Vietnam dan Muslim, perkahwinan paksa dan rogol.



Ramai pemimpin utama Khmer Rouge mati tanpa dihadapkan ke muka pengadilan, termasuk 'Abang Nombor Satu' Pol Pot, yang mati pada 1998. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >