Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hutan California terbakar, ribuan penduduk dipindahkan

Dec 17, 2017 | 03:48 PM



VENTURA: California menghadapi kebakaran hutan ketiga terbesar dalam sejarah negara itu semalam selepas api yang dikuasai angin kencang memaksa penduduk di kawasan kejiranan meninggalkan bandar sementara abu memenuhi kawasan tersebut seperti salji. 



Angin dan keadaan yang amat kering dijangka kekal pada hujung minggu, membuatkan kebakaran yang digelar ‘Api Thomas’ di kawasan selatan California bertambah dahsyat.

 

Ia telah memusnahkan lebih daripada 1,000 struktur dan mengancam 18,000 yang lain sejak ia meletus pada 4 Disember, termasuk rumah-rumah di daerah kaya di Montecito, luar bandar pesisiran Santa Barbara. 



“Ia amat dahsyat,” menurut Ketua Bahagian Jabatan Bomba Daerah Santa Barbara County, Martin Johnson. 



“Namun, kita akan memadamkannya,” katanya. 



Sekitar 8,500 kakitangan yang menggunakan hampir 1,000 enjin dan 32 helikopter berusaha melawan api tersebut, dan 40 peratus daripada api itu berjaya dipadamkan petang semalam.



Ia juga merupakan yang ketujuh paling membinasakan dalam sejarah negara, menurut para pegawai.- Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >