Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu, anak maut dalam nahas 16 kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan

Jun 24, 2016 | 11:21 AM



PERAK: Satu kemalangan ngeri melibatkan 16 kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan seorang wanita dan anaknya maut apabila kereta mereka tersepit antara dua treler.



Cik Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28 tahun, dan anak perempuannya yang berumur 18 bulan, Hanna Humaira Mohd Hasnun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian pada 9.30 pagi Khamis (24 Jun) itu.



Mereka tersepit di tempat duduk dan bomba terpaksa mengeluarkan mayat mereka dari kereta remuk ityu.



Suami Allahyarhamha, Encik Mohd Hasnun Ramli, 29 tahun, cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Kubu.



Keluarga itu dari Permatang Tok Jaya Sungai Dua, Butterworth. Lima yang lain juga cedera dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kemalangan itu melibatkan empat treler, dua van, sembilan kereta dan sebuah teksi, di kilometer 406.



"Ia seperti adegan dalam filem bencana, cuma ini kejadian sebenar. Beberapa kereta remuk habis kerana kesan perlanggaran itu," katanya, sambil menambah bahagian itu lebuh raya tersebut memang kawasan kemalangan.



Kejadian itu dikatakan berlaku selepas salah seorang pemandu treler hilang kawalan kenderaannya lalu terbabas ke lorong tengah dan melanggar lima kereta, termasuk yang dipandu Encik Mohd Hasnun.



Kereta kemudian dilancar sebuah treler lain di lorong kiri.



Kenderaan lain di belakang tidak sempat berhenti dan merempuh satu sama lain, menyebabkan longgokan.



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten R. Supramaniam memberitahu Bernama polis telah menahan pemandu treler itu, yangt membawa muatan kelapa sawit, bagi siasatan.



Menurut beliau, air kencing pemandu itu akan diuji bagi mengesan penyalahgunaan dadah. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >