Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu di M'sia rantai anak pada tiang lampu dek tidak mahu ke sekolah

Oct 28, 2016 | 11:32 AM



PETALING JAYA: Sebuah gambar yang menunjukkan seorang murid sekolah rendah dirantai sebelah kakinya pada tiang lampu sebuah bangunan apartmen tersebar luas di Internet, mengejutkan ramai rakyat Malaysia yang meluahkan rasa marah di media sosial.



Ibu murid berusia lapan tahun itu berkata beliau melakukannya sebagai hukuman kerana anaknya tidak mahu pergi ke sekolah di Bandar Sunway.



"Ibu itu telah memalukan anaknya sepanjang hayat. Ini pernah berlaku pada seorang rakan saya. Akibatnya, dia marah terhadap bapanya selama 50 tahun," tulis seorang pembaca Star Online, Susan Abraham.



Seorang lagi netizen, Raynuha Mahadevan, turut kesal terhadap pejalan kaki yang lebih berminat mengambil gambar budak itu daripada membantunya.



"Semua orang yang lalu di situ dan mengambil gambar-gambar yang mendedahkan anak itu sungguh memalukan!"



Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Mohammad Azlin Sadari, berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian di apartmen Lagoon Perdana di Bandar Sunway itu pada kira-kira 6.35 pagi Rabu (26 Okt).



"Apabila pegawai kami tiba di tempat kejadian, mereka mendapati seorang budak perempuan dikelilingi orang dengan kakinya dirantai," katanya, sambil menambah bahawa ibu budak itu kemudian mengaku melakukannya.



Wanita itu, 30 tahun, dan anaknya dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk disoal siasat, dan kemudian dibebaskan.



ACP Azlin berkata itu kali pertama budak tersebut dirantai. Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Kanak-Kanak.



Bercakap terhadap hukuman itu, salah seorang ahli psikologi terkemuka di Malaysia, Dr Abdul Kadir Abu Bakar, berkata membesarkan anak dengan cara autokratik dan hukumen keras tidak akan membuat anak pergi sekolah.



"Sebaliknya, ia boleh menjadi tidak produktif dan menjejaskan kebolehan pembelajaran mereka," katanya.



"Dari segi tatatertib, itu jelas salah. Jika si ibu mahu dia pergi ke sekolah, dia mesti merangka beberapa cara untuk memberi ganjaran kepadanya untuk pergi ke sekolah, seperti memberi pujian atau penghargaan. Hukuman akan hanya membuat kanak-kanak semakin takut akan sekolah," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >