Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu kota Nusantara projek terbesar di dunia: Jokowi

Hong Kong minat labur di ibu kota baru Indonesia, terbuka kepada peluang pelaburan lain
Aug 10, 2023 | 12:21 PM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo menyifatkan ibu kota baru Indonesia, Nusantara, yang dibangunkan di wilayah Kalimantan Timur, sebagai projek terbesar di dunia.


“Kami berani membuka episentrum ekonomi baru, iaitu Nusantara. Dan projek terbesar dunia adalah di ibu kota Nusantara Indonesia,” kata beliau, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, ketika merasmikan forum Hartanah Indonesia (REI) di Jakarta pada Rabu, lapor Jakarta Globe.


Menurut beliau, Nusantara mempunyai 34,000 hektar tanah yang boleh dibeli.

Beliau menambah: “Tiada yang percuma (di Nusantara). Pergi tanya ketua badan berkuasa bandar (Encik Bambang Susantono) jika anda ingin tahu harganya. Ini adalah peluang.”

Menurut anggaran awal pemerintah, jumlah kos untuk membangunkan Nusantara bakal mencecah 466 trilion rupiah ($41.5 bilion).

Indonesia merancang menggunakan hanya bajet negara untuk membayar 20 peratus daripada jumlah kos itu, dengan selebihnya dibiayai oleh pelaburan swasta. Pemerintah menyasarkan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan Indonesia di Nusantara pada 2024.

Encik Jokowi berkata hartanah dan sektor pembinaan negaranya kekal berdaya tahan di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.

Pada 2018 hingga 2022, sektor berkenaan menjana antara 2,300 trilion dengan 2,800 trilion rupiah setiap tahun. Ini bersamaan dengan 16 peratus daripada hasil dalam negeri kasar (GDP).

“Jadi 13 juta hingga 19 juta orang terlibat dalam ekonomi hartanah Indonesia. Itu jumlah yang besar,” katanya.

Encik Jokowi juga memberitahu forum itu bahawa sektor hartanah dan pembinaan turut mendorong kesan berganda bagi 185 subsektor, termasuk perabot dan perkhidmatan.

Sementara itu, Hong Kong telah menyatakan minat untuk melabur di ibu kota baru Indonesia dan terbuka kepada peluang pelaburan lain, kata Encik John Lee, Ketua Eksekutif wilayah pentadbiran khas itu, selepas pertemuan dengan Encik Jokowi di Istana Merdeka pada Selasa.

“Ibu kota baru ialah kawasan yang boleh membuka banyak peluang. Ahli perniagaan dan profesional Hongkong berminat memainkan peranan dalam keseluruhan pembangunan dan pembinaan ibu kota baru itu,” tambah Encik Lee.

Menurut beliau, lawatannya ke Jakarta ialah untuk “mencari peluang”. Beliau juga bercakap mengenai “lapan pusat” Hong Kong, yang digariskan dalam apa yang dipanggil Rancangan Lima Tahun ke-14.

Pelan itu mencadangkan pembangunan Hong Kong dalam lapan bidang, iaitu kewangan, perdagangan, perkapalan, penerbangan, perdagangan harta intelek, perundangan dan penyelesaian pertikaian, seni dan budaya, serta inovasi.

“Banyak yang kami boleh tawarkan. Ia adalah bidang di mana pengalaman, kepakaran dan perkhidmatan profesional kami akan dapat menyumbang kepada pelbagai bidang pembangunan dan projek di Indonesia. Sudah tentu ibu kota baru salah satu daripadanya,” tambah Encik Lee.

Pihak berkuasa ibu kota Nusantara pada pertengahan Jun melaporkan bahawa projek mega itu telah mengumpulkan lebih 200 surat zahirkan hasrat (LOI). Sekitar 106 daripadanya datang daripada pelabur domestik. Jepun menjadi pelabur asing paling menunjukkan minat pada Nusantara, mengemukakan 26 LOI.

Ia juga telah menerima 15 LOL daripada China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >