Imam ditahan lepas budak potong tangan untuk bukti cinta Nabi

ISLAMABAD: Polis Pakistan telah menahan seorang imam kerana menghasut keganasan selepas seorang budak lelaki berusia 15 tahun memotong tangannya sendiri. selepas dilaporkan tersilap dituduh murtad.

Anwar Ali, anak seorang buruh, berada di sebuah masjid di kampung Khanqah, di wilayah Punjab timur, untuk solat isyak apabila imam amsjid, , Shabir Ahmad, meminta mereka yang tidak mengasihi Nabi Muhammad saw supaya mengangkat tangan.

Menyangka imam itu meminta mereka yang mencintai Rasulullah saw mengangkat tangan, Anwar melakukannya, menurut saksi dan keluarganya.

Dia sedar kesilapannya apabila melihat hanya dia seorang mengangkat tangan, lalu cepat-cepat menurunkannya.

Namun, imam itu memekik "murtad" kepadanya, bersama beberapa orang lain. "Apakah anda tidak sayang nabi anda?", ujar mereka sedang Anwar melarikan diri dengan rasa malu.

Anwar pulang ke rumah dan memotong tangan kanannya dengan sabit tajam. Dia kemudian pergi ke masjid dan menunjukkan pinggan berisi tangan kanannya kepada imam itu.

Dia berkata perbuatannya bertujuan menebus "dosa"nya.

Imam itu kemudian melarikan diri dari kampung itu tetapi ditangkap polis.

"Tidak ada bukti fizikal imam itu terlibat, tetapi dia telah disabitkan dengan kesalahan menghasut dan membangkitkan emosi orang ke satu tahap yang membuat budak lelaki itu melakukan perbuatan tersebut," kata Ketua Polis Daerah Faisal Rana.

Keluarga Anwar, bagaimanapun, berkata imam tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak harus dihukum.

Anwar juga enggan mengenakan sembarang pertuduhan terhadap imam itu.

"Apa yang saya lakukan ialah demi cinta pada Rasulullah saw," katanya. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.