PARIS: Badan Islam Perancis akan mengeluarkan permit bagi golongan imam yang berdakwah di negara itu dalam usaha membasmi pengaruh kumpulan pelampau.
Presiden Majlis Perancis bagi Agama Islam (CFCM), Encik Anouar Kbibech, semalam berkata imam di negara itu harus diberi sijil - seperti "lesen memandu" - demi memastikan mereka mempromosikan "Islam yang bertoleransi dan terbuka".