Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Imej objek dari satelit WorldView-2

Mar 21, 2014 | 10:09 AM



RAKAMAN satelit yang memaparkan dua objek terapung di selatan Lautan Hindi, yang dipercayai serpihan pesawat MH370, datangnya dari firma, DigitalGlobe, yang berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat.


DigitalGlobe mengeluarkan kenyataan lewat malam tadi bahawa firma berkenaan yang memberikan imej berkenaan.


Sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Encik Tony Abbott, telah mengumumkan penemuan dua objek tersebut di Lautan Hindi, tanpa menyatakan satelit manakah yang merakamkan penemuan tersebut.


Sebagai mengesahkan penemuan mereka, DigitalGlobe berkata:


"DigitalGlobe hari ini (semalam) mengesahkan bahawa telah membekalkan Penguasa Keselamatan Kelautan Australia (Amsa) dengan gambar-gambar satelit yang menunjukkan serpihan yang mungkin boleh dikaitkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang telah hilang sejak 12 hari lalu.


"Gambar satelit itu dirakam pada 16 Mac oleh satelit WorldView-2 kami pada resolusi kira-kira 50 sentimeter.


"Menerusi kerjasama dengan para pelanggan kami, DigitalGlobe akan terus mengerahkan satelit-satelit kami mengumpulkan rakaman bagi kawasan yang luas, termasuk di sekitar perairan di mana kemungkinan serpihan itu ditemui semalam," menurut kenyataan itu.


Sementara itu, kapal pengangkut kenderaan Norway tiba di lokasi petang semalam - kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth itu - selepas cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terbatas.


Empat pesawat menghentikan sementara pencarian mereka selepas senja semalam tanpa sebarang penemuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >