Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Imigresen Malaysia akan saring penumpang sebelum mendarat

Jul 18, 2016 | 11:35 AM



JOHOR BAHRU: Pegawai imigresen Malaysia tidak perlu menunggu penumpang mendarat untuk mula menyaring mereka apabila Sistem Pemeriksaan Penumpang Awal (APSS) diperkenal.



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata tidak seperti sistem semasa, APSS akan memberi pihak berkuasa lebih banyak masa untuk menghalang militan memasuki Malaysia.



"Pihak berkuasa akan dapat memulakan semakan silang dengan pangkalan data agensi keselamatan lain, termasuk Interpol, sebelum suspek berlepas atau terbang masuk dari negara asal," katanya kepada akhbar The Star.



Pengesanan lebih berkesan ini, ujarnya, akan membolehkan imigresen segera menafikan kemasukan kepada mereka yang boleh menimbulkan ancaman kepada negara.



"Jika bendera merah dinaikkan bagi salah seorang pelancong, agensi keselamatan kita akan dapat mengambil tindakan sewajarnya sebelum orang itu boleh meninggalkan lapangan terbang," katanya.



Kaedah semasa di mana saringan dibuat semasa ketibaan membolehkan beberapa suspek menyelinap masuk, kata Datuk Nur Jazlan.



Beliau berkata kementerian itu akan memutuskan sama ada kos melaksana APSS ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan atau dikenakan ke atas penumpang.



"Ia mungkin bermakna cukai lapangan terbang dinaikkan, tetapi ia belum diputuskan lagi," katanya.



Beliau berkata negara lain, termasuk Australia, Amerika Syarikat, dan di Timur Tengah, mempunyai sistem serupa di lapangan terbang mereka dan ia telah terbukti berjaya dalam menghalang individu berbahaya memasuki negara mereka.



Datuk Nur Jazlan berkata mempunyai sistem seperti itu bukan membantu mengetatkan keselamatan di dalam negara sahaja, bahkan rantau ini, memandangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai telah menjadi hab transit bagi pelancong ke negara-negara jiran.



Beliau, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata demikian kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya kawasan undinya di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat pada Ahad (17 Julai). --  THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >