Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India dan Amerika bincang mengenai latihan antikapal selam bersama

May 03, 2016 | 09:00 AM



NEW DELHI: India dan Amerika Syarikat sedang mengadakan perbincangan mengenai latihan peperangan antikapal selam (ASW) dan juga latihan tentera laut "lebih kompleks", sedang dua pihak itu menjadi lebih rapat dalam menghadapi kegiatan maritim dan dasar laut China yang semakin berkembang.



Dua negara itu, bersama Jepun, akan mengadakan Latihan Malabar tahunan di luar pantai utara Filipina bulan depan, yang akan memberi tumpuan pada ASW, sebuah bidang teknologi ketenteraan sensitif, menurut sumber yang tahu mengenainya.



Latihan itu termasuk latihan olok-olok untuk memburu dan memusnahkan kapal selam musuh.



Satu laporan Reuters pada Isnin (2 Mei) memetik pegawai tentera yang tidak dinamakan sebagai berkata India dan Amerika telah mengadakan perbincangan untuk membantu satu sama lain menjejak kapal selam di Lautan Hindi.



"Kerjasama asas ini akan menjadi asas pembinaan bagi hubungan kekal tentera laut dengan tentera laut, yang kami harap akan berkembang dari masa ke masa menjadi satu keupayaan ASW bersama," kata seorang pegawai Amerika yang enggan dikenali.



Jurucakap pertahanan India enggan mengulas mengenai perkara khusus, tetapi merujuk kepada lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Ashton Carter, ke India bulan lepas di mana dua pihak itu bersetuju, antara lain, untuk mengadakan perbincangan mengenai ASW.



Ketegasan dan kegiatan China yang semakin meningkat di Laut China Selatan membimbangkan negara jirannya, terutama yang mempunyai tuntutan ke atas perairan itu, serta Amerika.



India pula bimbang mengenai kapal selam China yang muncul di perairan Lautan Hindi, yang pakar tentera laut India memberi amaran besar kemungkinan menjadi lebih kerap.



India berhati-hati tidak mahu meningkatkan ketegangan dengan China dan baru-baru ini menolak kemungkinan menjalankan rondaan bersama Amerika di Laut China Selatan, yang dituntut hampir keseluruhannya oleh China.



Ditanya mengenai kerjasama India-Amerika itu, Reuters memetik jurucakap Kementerian Luar China sebagai berkata "kami berharap kerjasama itu satu perkara biasa, dan ia boleh menjadi lebih bermakna bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >