Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India laksana perintah berkurung, rumah Ketua Menteri Manipur diserang

Sep 29, 2023 | 03:54 PM



NEW DELHI: Ribuan penunjuk perasaan cuba menyerbu rumah Ketua Menteri Manipur di India dan menentang amaran keselamatan serta perintah berkurung.


Mereka melancarkan protes berhampiran rumah keluarga Ketua Menteri, Encik N Biren Singh sehingga memaksa pihak berkuasa memanggil tentera tambahan untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Seorang pegawai kanan di pejabat pemerintah memberitahu ribuan orang cuba menyerang kediaman berkenaan dan mereka dihalang daripada ‘sampai ke kediaman itu oleh polis menggunakan kekerasan’.

Pegawai itu juga berkata, tembakan masih berterusan, namun tidak dapat mengesahkan sebarang kemalangan jiwa.

India mengenakan perintah berkurung di ibu negara dan beberapa kawasan bergolak di Manipur selepas puluhan pelajar cedera dalam keganasan akibat bantahan terhadap dakwaan penculikan dan pembunuhan membabitkan dua pelajar, kata pihak berkuasa.

“Waktu berkurung yang tidak menentu terpaksa dilaksanakan di Manipur dan di beberapa daerah lain,” kata pegawai kanan polis yang berpangkalan di ibu negeri.

Tambahnya, keadaan pada ketika itu amat tegang selepas perusuh bersenjata merosakkan pejabat parti politik pemerintah dan melontar bom petrol ke dua tapak polis.

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali memaklumkan, lebih 80 pelajar cedera dalam pertempuran pada Rabu.

Keganasan etnik telah menjatuhkan negeri timur laut yang bersempadan dengan Myanmar yang disifatkan ramai pakar keselamatan sebagai perang saudara yang sengit untuk merampas tanah, pekerjaan dan pengaruh politik antara dua kumpulan tempatan terbesarnya.

Di Manipur ketika ini, lebih 150 orang sudah terbunuh sejak pertempuran bersenjata tercetus pada Mei lalu, antara etnik Meitei yang majoritinya beragama Hindu dan masyarakat Kuki Kristian.

Puak Meitei berang sejak kebelakangan ini apabila tersebarnya gambar dua pelajar yang hilang Julai lalu, disahkan maut dibunuh. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >