JAKARTA: Sanak saudara dan diplomat semalam bergegas ke Pulau Nusakambangan menjelang pelaksanaan hukuman mati terhadap beberapa pesalah dadah.
Indonesia telah menasihatkan pegawai kedutaan supaya ke Pulau Nusakambangan kerana tarikh hukuman mati terhadap 10 pesalah dadah di Indonesia akan diumumkan tidak lama lagi selepas pihak penjara menerima surat perintah hukuman daripada jabatan peguam negara.