JAKARTA: Indonesia membatalkan rancangan membina kereta api kelajuan tinggi berharga AS$6 bilion ($8.5 bilion) kerana ia tidak berdaya maju dari segi komersial, dan meminta China dan Jepun mengemukakan cadangan baru.
Pemerintah China kini mahu kereta api yang lebih perlahan yang berupaya bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam antara Jakarta dan bandar ketiga terbesar di Indonesia, Bandung, kata Encik Rizal Ramli, Menteri Penyelaras Dasar bagi Pengangkutan, kepada agensi berita Bloomberg semalam.