Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia ganti menteri tenaga dan sumber galian dek isu kerakyatan AS

Aug 16, 2016 | 11:47 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, telah melantik Menteri Penyelaras Ehwal Maritim Luhut Pandjaitan ke portfolio kedua sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Galian baru, menggantikan Encik Arcandra Tahar, yang berkhidmat dalam jawatan itu hanya beberapa minggu.



Penggantian mendadak itu menyusuli pendedahan bahawa Encik Arcandra telah menjadi warganegara Amerika Syarikat empat tahun lalu.



Beliau tinggal di Amerika selama 20 tahun sebelum diminta oleh Encik Jokowi menyertai Kabinet akhir bulan Julai, apabila beliau menggantikan beberapa menteri yang menurutnya tidak menunjukkan prestasi baik dan ingkar perintah.



Encik Jokowi melantik Encik Luhut Pandjaitan bagi portfolio kedua itu hingga seorang menteri muktamad dilantik, kata Setiausaha Negara, Encik Pratikno, kepada pemberita pada Isnin (15 Ogos) malam.



Indonesia tidak mengiktiraf dua kerakyatan. Rakyatnya yang menjadi warga negara asing secara automatik kehilangan kewarganegaraan Indonesianya.



Undang-undang Indonesia menetapkan menteri Kabinet mesti merupakan warga negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >