Indonesia gesa ketua tempatan batalkan peraturan izin petani tebang dan bakar

INDONESIA mahu ketua tempatan membatalkan undang-undang yang membolehkan petani kecil-kecilan membersihkan sehingga dua hektar tanah hutan menggunakan api.

Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo menggesa pegawai daerah memansuhkan undang-undang alam sekitar yang melarang penggunaan kaedah tebang dan bakar untuk membersihkan tanah bagi penanaman, tetapi mengecualikan petani, yang masih boleh menggunakan kaedah itu dengan syarat tanah yang mereka bakar tidak melebihi dua hektar dan mereka membina terusan di sekitar kawasan itu untuk mengelakkan api daripada merebak.

Kaedah tebang dan bakar telah dijalankan selama beberapa dekad di seluruh Indonesia, yang mempunyai 35 wilayah yang merangkumi lebih 500 kabupaten, atau daerah, dan kota.

Setiap daerah mempunyai undang-undang kecil sendiri yang memperinci bagaimana peraturan itu boleh dilaksana.

Encik Tjahjo juga merayu ketua tempatan agar mengkaji semula konsesi perladangan yang dikeluarkan di kawasan tanah gambut dalam, yang terbakar dengan mudah pada musim kemarau.

Ini menjanjikan penyelesaian lebih baik bagi membantu menghentikan masalah jerebu tahunan di Indonesia, katanya, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (13 Okt).

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.