Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia janji jerebu teruk tidak akan berulang, mahu tikai wilayah dihurai cara aman

Nov 12, 2015 | 11:30 AM



MENTERI Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia berjanji krisis jerebu seteruk tahun ini tidak akan berulang kerana negaranya telah belajar daripada apa yang berlaku.


"Ia tidak akan berlaku seperti ini lagi," kata Encik Luhut Pandjaitan, sambil menambah Indonesia telah melaksana langkah-langkah bagi mengelakkan masalah itu berulang.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Kelab Koresponden Asing Jakarta pada Rabu (11 Nov), lapor akhbar The Straits Times.


Krisis jerebu rentas sempadan sejak beberapa bulan lalu menyebabkan pencemaran udara mencecah paras tertinggi dan jutaan orang terjejas di seluruh Asia Tenggara.


Encik Luhut mengakui bahawa mengeluarkan lesen penanaman di kira-kira 6.3 juta hektar tanah gambut sepanjang sedekad lalu adalah satu "kesilapan besar kami".


"Kami tidak akan berunding dengan pemilik (konsesi) tanah gambut lagi," katanya.


"Jadi ini tidak akan berlaku lagi, saya berjanji kepada anda," kata Encik Luhut.


"Kami telah belajar daripada ini dan tidak akan mengambil apa-apa risiko lagi tahun depan... kami akan bersiap sedia bagi perkara paling buruk."


Encik Luhut juga menyentuh soal pertikaian wilayah di Laut China Selatan melibatkan China, Taiwan dan empat negara Asean - Malaysia, Brunei, Vietnam dan Filipina.


Beliau berkata Indonesia berharap pertikaian itu dihurai melalui dialog aman dan bukan tayangan agresif kuasa di rantau ini.


Jika itu tidak dapat dicapai dan dan Jakarta ditarik ke dalam perebutan tersebut, ia akan memilih proses timbang tara antarabangsa bagi menyelesaikannya, kata beliau.


"Sebagai negara Asean terbesar, kami ingin melihat huraian bagi perkara ini dalam masa terdekat (melalui) dialog, atau kita boleh membawanya ke... mahkamah tribunal antarabangsa," kata beliau.


"Tetapi pendirian Indonesia amat jelas - kami tidak mahu melihat tayangan kuasa di kawasan ini, kami mahu melihat huraian secara aman dengan menggalak dialog; dialog adalah huraian terbaik bagi menyelesaikan masalah ini."


Walaupun Indonesia bukan antara pihak yang menuntut dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan, ia memerhatikan perkembangan isu itu dengan rapat.


China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan menggunakan dasar 'garisan sembilan baris' dan telah menebus guna tanah di wilayah yang dipertikai serta meletak kemudahan ketenteraannya.


Encik Luhut berkata "garisan sembilan garis bermasalah" yang memberi kesan bukan ke atas empat negara Asean itu sahaja, bahkan Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >