Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia kenalpasti 247 suspek bakar hutan

Oct 28, 2015 | 03:06 PM



JAKARTA: Polis Indonesia telah mengenalpasti 247 suspek yang bertanggungjawab bagi kebakaran hutan yang kini berlaku di Sumatra dan Kalimatan.


Laman Republika Online menyatakan, daripada jumlah tersebut, 230 adalah orang perseorangan sementara 17 lagi merupakan pertubuhan.


"Yang ditahan sudah 87 terdiri daripada 82 orang perseorangan, lima korporasi," ujar jurucakap polis, Brigadier-Jenderal Agus Rianto, di ibu pejabat polis, hari ini.


Brigadier-Jenderal Agus menjelaskan, kawasan yang terbakar mencapai lebih 50 hektar - atau lebih luas daripada 50 padang ragbi.


Menurut Brigadier-Jenderal Agus, polis bertekad menyiasat kes kebakaran hutan ini sepenuhnya.


Kebakaran hutan dan daya sumber alam atau juga disebut sebagai 'lahan' di Sumatra dan Kalimantan mengakibatkan kabut asap pekat atau jerebu sehingga mengganggu kegiatan persekolahan, ekonomi dan kesihatan awam.


Sejauh ini, upaya pemadaman terus dilakukan oleh pasukan gabungan tenteta dan polis serta badan pengurusan bencana, selain bantuan yang dihulurkan negara luar, termasuk Singapura dan Malaysia. - Republika Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >