Indonesia kerah tentera ke Aceh tenangkan kekacauan

JAKARTA: Indonesia telah mengerahkan anggota keselamatan pada Khamis (15 Okt) untuk menenangkan kekacauan di wilayah utara Aceh selepas perusuh membakar gereja dan membunuh satu orang dalam keganasan agama minggu ini.

"Keadaan di Aceh Singkil tenang sekarang dan dalam kawalan," kata jurucakap polis kebangsaan, Encik Agus Rianto, kepada Reuters melalui telefon, merujuk kepada daerah di mana serangan itu berlaku.

"Kami sedang menjalankan rondaan di kawasan itu dengan bantuan pasukan tentera," tambahnya, yang enggan mengulas jumlah askar yang dikerah.

Encik Agus menafikan laporan bahawa beribu-ribu orang telah meningalkan Aceh Singkil berikutan serangan pada Selasa (13 Okt) itu.

Polis berkata 20 orang telah ditangkap daripada satu gerombolan sekitar 500 yang membakar gereja dan mengugut orang Kristian, lapor media tempatan.

Presiden Joko Widodo menggesa pada Rabu agar dihentikan keganasan itu.

"Keganasan yang didorong oleh apa jua, terutama agama dan kepercayaan, merosakkan kepelbagaian," katanya di laman web microblogging Twitter.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 65
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.