Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia lancar kempen lebih agresif buru lelaki paling dikehendaki

Jan 11, 2016 | 06:23 PM



JAKARTA: Pasukan keselamatan Indonesia sedang menyusun semula kempen yang lebih agresif untuk memburu lelaki paling dikehendaki di negara itu selepas usaha untuk mencarinya selama beberapa bulan di pulau Sulawesi gagal, kata polis hari ini, Isnin.


Presiden Joko Widodo telah menjadikan usaha untuk menangkap Santoso sebagai antara keutamaan keselamatan negara itu.


Sebelum ini, beliau telah memberi pasukan keselamatan sehingga 9 Januari untuk menangkapnya.


Santoso, yang merupakan penyokong kuat ISIS, telah melarikan diri sejak tiga tahun lalu tetapi usaha untuk menangkapnya terbukti lebih sukar daripada dijangkakan.


Pasukan keselamatan merancang untuk menambah lagi 500 pegawai polis dan askar untuk memperkukuhkan pasukan 1,600 anggota untuk memburu Santoso.


Para penganalisis berpendapat Santoso boleh menjadi inspirasi kepada militan Indonesia yang pulang ke tanah air dari menyertai ISIS di Timur Tengah.


"Ada operasi baru dipanggil Tinombala yang memberi tumpuan di Poso dan kawasan sekitarnya," kata Hari Suprapto, jurucakap polis Sulawesi Tengah, yang merujuk kepada daerah di nama Santoso dipercayai berada. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >