Indonesia mahu tingkat belanjawan pertahanan

DEPOK (Jawa Barat): Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, mahu meningkatkan belanjawan pertahanan negara itu, terutamanya dalam pemerolehan sistem persenjataan.

"Belanjawan pertahanan kita sering ditetapkan di bawah paras satu peratus Hasil Dalam Negeri (GDP). Belanjawan untuk pertahanan kita pernah sekali mencecah lebih satu peratus tetapi ia kemudian dikurangkan. Kita akan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan jumlahnya sekali lagi," kata Encik Luhut di ceramah awam di Universiti Indonesia di Depok, Jawa Barat, kelmarin.

Beliau menekankan bahawa kebanyak perbelanjaan ketenteraan pada masa ini digunakan untuk keperluan pekerja, dengan jumlah dana yang dibelanjakan untuk pemerolehan sistem pertahanan masih rendah.

Oleh itu, Encik Luhut berkata beliau sedang mencari jalan untuk mempertingkat kerjasama pertahanan menerusi pemindahan teknologi dari negara-negara yang kini menjadi pembekal senjata, agar kemampuan rekaan mereka dapat dihasilkan di Indonesia.

"Belanjawan bagi pertahanan akan terus meningkat. Kami akan meningkatkannya dari 0.85 peratus kepada 1 peratus sehingga kami dapat meningkatkannya kepada lebih 1 peratus nanti. Kami harap belanjawan pertahanan akan mencecah hampir Rp250 trilion ($2.97 bilion) pada 2019," kata menteri itu.

Namn, Encik Luhut memberi jaminan bahawa pemerintah akan terus meningkat kebajikan kakitangan yang digajikan pihak tentera dan institusi pertahanan.

Beliau berjanji akan meningkatkan gaji kakitangan Angkatan Tentera Indonesia dan Kementerian Pertahanan, demi memastikan gaji mereka berada di paras nasional.

"Jika belanjawan untuk pemerolehan sistem persenjataan ditingkatkan, gaji kakitangan juga harus meningkat.

"Gaji anak saya, yang merupakan seorang Mejar di Pasukan Gerak Khas, sebagai contoh, hanyalah Rp6 juta ($614.31) sebulan. Ia lebih rendah dari gaji pekerja bank, yang boleh mencecah Rp10 juta sebulan," katanya.

Encik Luhut percaya bahawa Indonesia sebagai sebuah negara besar, harus memastikan kakitangan pertahanan tidak menghadapi jurang pendapatan.

Beliau berikrar untuk melakukan sebaiknya untuk membawa perubahan kepada institusi pertahanan. - Antara

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.