JAKARTA: Indonesia mungkin memindahkan lebih ramai rakyatnya yang terjejas oleh jerebu tebal dalam usahanya menangani krisis kemanusiaan ekoran kebakaran hutan di negara itu, kata Menteri Penyelaras Politik, Hukum dan Hal Ehwal Keselamatan, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, semalam.
Dalam sidang media mengenai keadaan jerebu, Encik Luhut menambah bahawa tindakan berskala besar perlu diambil menyusuli laporan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) yang menunjukkan bahawa terdapat sedikit kemungkinan hujan bakal turun sebelum akhir November.