JAKARTA: Hanya golongan kurang mampu di Indonesia akan menikmati subsidi elektrik bermula 1 Januari lalu.
Media tempatan semalam memetik Ketua Komunikasi Korporat PT PLN, syarikat pembekalan elektrik Indonesia, Encik Made Suprateka, sebagai berkata menerusi rasionalisasi subsidi elektrik mulai 1 Januari, tarif elektrik akan meningkat secara bertahap bagi kegunaan domestik golongan berkemampuan yang menggunakan daya 900 Volt.