Indonesia: Pesawat AirAsia kemungkinan ada di dasar laut

JAKARTA - Pesawat AirAsia yang hilang semasa dalam perjalanan ke Singapura dengan 162 orang kemungkinan berada dalam dasar laut, kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia hari ini, Isnin.

"Berdasarkan penyelarasan yang diberikan kepada kami dan penilaian bahawa kedudukan pesawat diangarkan berada di laut, hipotesisnya adalah kapal terbang itu berada dalam dasar laut," kata Encik Bambang Soelistyo dalam satu sidang media.

"Itu adalah kemungkinan awal dan ia boleh dijadikan permulaan berdasarkan hasil penilaian pencarian kami," tambah beliau.

Beliau berkata, Indonesia tidak mempunyai "kelengkapan", seperti kenderaan menyelam, yang diperlukan untuk menarik keluar pesawat daripada dasar laut, namun ia sedang mendapatkan bantuan dari negara lain jika perlu.

"Oleh kerana kekurangan teknologi yang kami miliki, saya telah meminta menteri luar kami supaya meminjam dari negara lain yang telah menawarkannya. Mereka adalah UK (United Kingdom), Perancis dan AS (Amerika Syarikat)," ujarnya.

Operasi mencari berbilang negara dimulakan lagi sekitar 7 pagi waktu Singapura hari ini bagi mencari pesawat yang hilang di Laut Jawa selepas juruterbang meminta pertukaran haluan bagi mengelak cuaca buruk. Tiada isyarat kecemasan dikeluarkan.

Jurucakap angkatan tentera udara Indonesia, Encik Hadi Cahyanto, berkata lima pesawat terlibat dalam operasi tersebut, termasuk dua pesawat pengangkutan tentera C130 dan sebuah Boeing 737.

"Kami memberi tumpuan pencarian di kawasan laut timur dan utara pulau Belitung. Keadaan berawan di beberapa bahagian tetapi masih terang. - AFP, REUTERS

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.